KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan menerima Kad Emas Kenyalang (KGC) yang menawarkan pelbagai manfaat bagi meningkatkan kebajikan warga emas.
Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak atas usaha memperkenalkan inisiatif tersebut.

Dalam pada itu, kad itu diserahkan oleh pegawai Astana Negeri Sarawak di kediaman rasmi mereka di Petra Jaya, pagi tadi.
Sementara itu, KGC merupakan antara inisiatif Kerajaan Saraawak yang amat baik ditujukan khusus untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

KGC memberikan pelbagai manfaat seperti diskaun dan rebat untuk produk vendor yang menjadi rakan strategik Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan kesejahteraan warga emas.
Secara keseluruhannya, KGC mencerminkan penghargaan Kerajaan Sarawak terhadap sumbangan warga emas kepada pembangunan negeri dan masyarakat.

