ARTIKEL

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir takziah pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hari ini.

Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah merakamkan penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Allahyarhamah dalam bidang perubatan serta kesihatan masyarakat, khususnya penjagaan kesihatan ibu dan anak selain khidmat kepada masyarakat luar bandar.

Mereka turut menyampaikan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir, anak-anak serta seluruh ahli keluarga dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan itu.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang yang beriman,” menurut kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU