ARTIKEL

Tunai haji ketika sempurna fizikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usia bukan ukuran untuk menunaikan haji, namun keupayaan mengatasi segalanya.

Sedih berbaur gembira menyelubungi hati ketika menunggu giliran untuk pergi ke Makkah bagi menunaikan ibadat haji pada tahun ini, jelas peserta pertama, Abdul Latiff Anwar.

Perasaan sedih turut menyelubungi bakal haji berusia 66 tahun itu kerana keadaan fizikal membataskan pergerakannya untuk membuat ibadat.

Dia merupakan pesara polis antara peserta yang terpaksa menggunakan kerusi roda untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Mengulas lanjut, keadaan fizikalnya yang tidak mampu bergerak tanpa menggunakan kerusi roda membuatkannya sedih pergi menghadap panggilan ke Tanah Suci.

“Usia bukan penghalang untuk pergi tunai haji, tetapi masa paling baik untuk mengerjakan haji adalah ketika fizikal kita masih mampu dan berupaya menunaikan haji dengan sempurna,” katanya.

Latiff mempunyai sepuluh anak hasil perkahwinannya bersama isteri, Hasanah Jash.

Katanya, niat untuk pergi ke Tanah Suci Makkah sudah lama terpendam, namun terpaksa menunggu giliran yang akhirnya dipanggil ketika keadaan fizikal beliau sudah kurang berupaya.

Beliau berpesan kepada golongan muda agar menunaikan haji lebih awal kerana memudahkan perjalanan ketika badan masih sihat sempurna tanpa bantuan tambahan seperti kerusi roda.

Abdul Latiff Anwar

Tahun ini menyaksikan 989 jemaah haji Sarawak menunaikan Rukun Islam kelima tersebut.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi hadir menyaksikan keberangkatan 150 peserta yang berlepas pada jam 3.40 pagi menggunakan pesawat KT41Q (MH8423) melibatkan jemaah dari Kuching dan Miri.

Beliau mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu, penerbangan kedua akan melibatkan jemaah dari Kuching, Sri Aman dan Limbang.

Penerbangan ketiga dijadual pada 27 Julai melibatkan jemaah dari Kuching, Sibu dan Mukah manakala penerbangan keempat pada 28 Julai (Kuching, Sarikei dan Bintulu) dan penerbangan terakhir pada 29 Julai membawa jemaah dari Kuching.

Dua pembimbing ibadah haji Majlis Islam Sarawak (MIS) dilantik untuk membantu jemaah haji Sarawak iaitu Ilham Mustapa dan Romzi Hanikal.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MIS Datu Misnu Taha sebelum ini turut mengingatkan seluruh jemaah supaya menjaga diri sebaiknya ketika berada di Makkah dan Madinah.

“Suhu di Makkah pada waktu sekarang ialah 45 darjah celcius dan ini menunjukkan cuaca panas di Makkah.

“Saya harap jemaah banyak minum air kosong yang telah dimasak dan elak berjemur di tempat yang terlalu panas,” katanya lagi.

Di samping itu, beliau menasihati jemaah supaya sentiasa bersabar dan jangan terlalu mengikut emosi marah ketika melakukan ibadah suci.

“Ketika melontar dan tawaf, ikut arahan Tabung Haji Sarawak dan jangan lakukan perkara yang boleh membatalkan ibadah haji.

“Untuk anak-anak yang ditinggalkan di Sarawak, jangan putus berdoa agar ayah dan ibu selamat dan dapat melaksanakan ibadah haji dengan lancar,” tambahnya.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,