KUCHING: Tune Talk mengumumkan pelancaran Pelan Borneo25, satu pelan prabayar mudah alih yang direka khas untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak.
Menurut Tune Talk dalam satu kenyataan, tawaran itu dibuat selaras dengan perayaan pesta Kaamatan dan Gawai untuk penduduk Borneo dengan menyediakan sambungan Internet yang lancar, sama ada di bandar atau kawasan pedalaman.
“Sebagai sebuah syarikat yang komited dalam memperkasakan komuniti melalui kemajuan digital, Tune Talk sentiasa mengutamakan keperluan pengguna dan berusaha untuk menyediakan produk baharu dengan rangkaian stabil pada harga berdaya saing.
“Dengan memahami permintaan penduduk Sabah dan Sarawak, kami menawarkan pelan mudah alih yang sesuai dengan gaya hidup mereka dan lebih nilai,” kata kenyataan itu.
Pelan Borneo25 menawarkan Internet, Panggilan dan Chat Tanpa Had (melalui WhatsApp, WeChat) serta perkongsian Hotspot sebanyak 30GB, sah selama 30 hari.
Pengguna kini boleh melanggan Pelan Borneo25 pada harga RM20 untuk masa terhad.
Dengan pelan ini, pelanggan dapat menonton video tanpa isu penimbal (buffering), bermain permainan tanpa gangguan dan skrol TikTok dengan lancar.
Pek Borneo dapat dibeli di mana-mana kedai Tune Talk di Sabah dan Sarawak atau berhubung dengan rakan kongsi Tune Talk di Borneo.
Untuk maklumat lanjut pelan dan perkhidmatan Tune Talk ini, sila layari laman sesawang tunetalk.com.



