ARTIKEL

Tuntutan MA63 bukan mahu kuasai Malaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tuntutan Sarawak dan Sabah untuk mempertahankan hak serta kuasa berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan usaha untuk menguasai atau ‘menjajah’ Malaya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Beliau berkata, autonomi imigresen serta perlindungan perlembagaan bagi Sarawak dan Sabah merupakan sebahagian daripada aturan pembentukan Malaysia pada 1963, bukannya tuntutan baharu generasi semasa.

Menurutnya, perjuangan rakyat kedua-dua negeri itu adalah untuk memastikan perlindungan perlembagaan, hak dan aturan yang dipersetujui ketika pembentukan Malaysia dihormati, termasuk perkara dalam MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Mengulas autonomi imigresen Sarawak, Lo berkata, kuasa itu berkaitan kawalan kemasukan dan pemastautinan di Sarawak, bukannya memberi hak kepada negeri berkenaan menentukan kemasukan ke negeri-negeri di Semenanjung.

Beliau turut mengingatkan bahawa sejarah Sarawak tidak bermula pada 1963, sebaliknya negeri itu mempunyai pengalaman pentadbiran dan institusi sendiri sejak era Brooke, termasuk penubuhan Council Negri pada 1867 yang menjadi pendahulu kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Sarawak memperoleh pemerintahan sendiri pada 22 Julai 1963 sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September tahun sama.

Mengenai isu minyak dan gas, Lo berkata, persoalan berkaitan sempadan wilayah, perairan wilayah, pelantar benua dan kuasa terhadap sumber petroleum adalah kompleks serta perlu diteliti berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, MA63, instrumen sejarah, undang-undang berkaitan dan keputusan mahkamah jika berkenaan.

Rakyat Sarawak berhak membincangkan perkara yang dimiliki sebelum pembentukan Malaysia, perkara yang dipersetujui untuk diserahkan kepada Persekutuan serta hak yang dipersetujui dikekalkan tanpa melihatnya sebagai ancaman terhadap Malaysia.

Lo turut menolak penggunaan bahasa provokatif dalam perdebatan MA63 dan menegaskan penghormatan terhadap perjanjian serta kompromi perlembagaan yang menjadi asas pembentukan Malaysia perlu terus dipelihara.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU