ARTIKEL

Chong mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki di Pusat Konvensyen Hikmah Exchange, hari ini. 

Tuntutan pegangan 30 peratus dalam PETRONAS adalah wajar dan adil – Chong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mesti diberikan pegangan sebanyak 30 peratus dalam syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) untuk menikmati sepenuhnya hasil kekayaan minyak dan gas negeri ini.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen menegaskan, hak milik ini perlu diberikan kepada Sarawak, bukan dibeli seperti yang pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Chong, nilai keseluruhan aset PETRONAS, termasuk pelaburan luar negara dan aktiviti cari gali, dianggarkan berjumlah RM1 trilion.

“Dengan mengambil kira sumbangan besar Sarawak kepada industri minyak dan gas negara, tuntutan pegangan 30 peratus ini adalah wajar dan adil.

“Saya juga telah membangkitkan perkara ini di Parlimen dan sekali lagi menyuarakannya kepada Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki.

“Matlamat utama kita adalah untuk mendapatkan lebih banyak manfaat untuk Sarawak.

Beliau turut mencadangkan untuk Sarawwk mula meneroka kemungkinan pemilikan bersama syarikat PETRONAS sebagai satu langkah awal dalam memperjuangkan hak ekonomi Sarawak.

“Pemilikan bersama ini adalah satu langkah awal dalam memperjuangkan hak ekonomi Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

DENGARLAH

Dengarlah, Bukalah mata Dengarlah rintihan alam yang terluka Usahlah api menjadi keKasih yang membinasakan Usahlah kerakusan menjadi duri yang menikam masa depan Andai alam mampu

DI BALIK WAJAH KEMANUSIAAN

Di bumi yang kian hilang cahaya Manusia tenggelam dalam lautan kerakusan Demi takhta, harta dan kuasa Tergadai maruah, terpadam rasa Tangisan insan menjadi irama dunia