ARTIKEL

Foto kredit: Kedutaan Turkmenistan di Malaysia. | BERNAMA

Turkmenistan Airlines perkenal laluan Ashgabat-KL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Turkmenistan Airlines sedang mengembangkan rangkaian antarabangsanya dengan memperkenalkan empat laluan baharu, termasuk satu ke Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Selasa, Kedutaan Turkmenistan di Kuala Lumpur berkata syarikat penerbangan nasional negara itu akan mengendalikan penerbangan dua kali seminggu Ashgabat-Kuala Lumpur bermula 15 Feb.

“Penerbangan dari Turkmenistan ke Malaysia akan dilakukan pada setiap Selasa dan Khamis manakala penerbangan Malaysia ke Turkmenistan pada Rabu dan Khamis,” menurut kenyataan itu.

Syarikat penerbangan Turkmenistan itu juga akan terbang ke Jeddah, Arab Saudi tiga kali seminggu bermula 16 Feb.

Turkmenistan Airlines juga menambah dua lagi laluan antarabangsa dari Ashgabat ke Ho Chi Minh, Vietnam yang akan dikendalikan dua kali seminggu dari 5 Mac dan ke Milan, Itali, sekali seminggu bermula 6 Mac.

Kedutaan itu berkata peningkatan dalam rangkaian antarabangsa adalah hasil daripada Program Nasional untuk Pembangunan Penerbangan Awam Turkmenistan bagi tahun 2012-2030, inisiatif yang diperkenalkan oleh pemimpin negara, bekas Presiden Gurbanguly Berdimuhamedow.

Menurut kedutaan, di bawah pimpinan Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow, aktiviti dalam bidang itu dilaksanakan secara konsisten. – BERNAMA

BERITA LAIN

Cuaca buruk UAE, penerbangan lewat, dibatalkan

ABU DHABI: Berikutan keadaan cuaca buruk termasuk hujan lebat di Abu Dhabi pada Rabu, beberapa penerbangan Etihad Airways mungkin menghadapi kelewatan, lapor Agensi Berita Emirates

BERITA TERBARU