ARTIKEL

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (depan,empat, kiri) hadir pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Masjid Tanah di Dewan Terbuka Villa D’Acqua Kampung Pulau, Masjid Tanah semalam.

TVET 2.0 jadi hala tuju baharu sepanjang 2026 hingga 2035

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Pembangunan TVET 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2035 bakal menjadi hala tuju baharu untuk mentransformasi ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara menjelaskan bahawa empat siri sesi libat urus telah diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Pahang dengan membabitkan 256 peserta.

Susulan itu, dapatan daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dimurnikan untuk memperkukuh dasar dan pelan TVET agar lebih responsif terhadap keperluan industri.

Selain itu, cadangan membangunkan Indeks Kompetensi Nasional (NCI) turut diberi perhatian, dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dicadangkan menerajuinya melalui MyRIVET di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi mengukur kompetensi tenaga kerja berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti dilapor Bernama.

Dalam pada itu, Fasa 3 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dicadangkan diperluas ke institusi TVET awam mulai 2027/2028 untuk 673 institusi dengan anggaran 70,000 hingga 100,000 peserta, manakala Hari TVET Negara 2027 dicadangkan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 4 hingga 7 Jun 2027.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU