ARTIKEL

Misha Omar buktikan vokal kekal utuh selepas 24 tahun berkarya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar membuktikan kehebatan vokalnya kekal utuh selepas 24 tahun berkecimpung dalam industri seni menerusi showcase Aku & Lelaki di JioSpace.

Penampilan itu berkonsepkan figura lelaki yang pernah mencorak perjalanan muzik dan kehidupan peribadinya, selain memuatkan rangkaian lagu popularnya seperti dilapor Bernama.

Showcase tersebut asalnya dirancang sebagai pembuka tirai konsert mega sempena ulang tahun ke-25 kerjayanya di stadium tahun depan, tetapi hasrat itu belum dapat direalisasikan kerana pelbagai acara, termasuk Sukan SEA.

Berpakaian serba hitam, Misha yang berusia 44 tahun membuka malam itu dengan lagu Tak Ku Duga, Kacamata dan Januari sambil berinteraksi mesra bersama peminat.

Dalam pada itu, beliau meluahkan perasaan tentang pelbagai reaksi yang diterima menjelang persembahan, termasuk permintaan tiket percuma, diskaun dan sindiran bahawa showcase itu kelihatan sendu.

Selain itu, beliau berseloroh pernah bermimpi menjadi isteri Anuar Zain sebelum menzahirkan penghargaan kepada penyanyi itu, lalu mendendangkan lagu rampai Lelaki Ini dan Keabadian Cinta sebagai penghormatan.

Persembahan turut menampilkan anak lelakinya, Idris Ezzwa, sebagai artis undangan, segmen The Music Moguls untuk Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah serta Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, dan ditutup dengan lagu Break serta Sampai Bila selepas lebih dua jam.

BERITA LAIN

Pulau Keris angkat lagenda Melayu Sarawak

Legenda masyarakat Melayu pesisir Sarawak terus dihidupkan menerusi pementasan dramatari epik The Origin of Pulau Keris 2: Kebangkitan Waris Hitam yang menggabungkan seni persilatan, tarian

BERITA TERBARU

Pawagam China bukan sekadar tempat tonton filem

BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.