ARTIKEL

Twenty Four FC juara, bawa pulang hadiah utama RM100,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Twenty Four FC membawa pulang hadiah utama RM100,000 selepas dinobatkan sebagai juara kejohanan bola sepak Piala Cahya Mata 2026.

Pasukan dari Pahang itu juga berjaya menewaskan Jenderata FC dari Perak dengan keputusan 2-1 pada perlawanan akhir untuk merangkul gelaran juara.

Selaku naib juara, Jenderata FC menerima hadiah wang tunai RM70,000.

Kedua-dua pasukan finalis sebelum ini masing-masing memperoleh RM20,000 selepas muncul juara di peringkat negeri, sebelum berjaya melepasi peringkat kumpulan dan separuh akhir untuk mara ke perlawanan penentuan kejuaraan.

Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib, berkata penyatuan semua pihak termasuk petugas di belakang tabir, pemain, jurulatih, keluarga dan penyokong dari seluruh negara merupakan antara perkara paling membanggakan sepanjang penganjuran kejohanan itu.

Menurutnya, situasi ini membuktikan bagaimana bola sepak mampu menyatukan komuniti dan mereka berbangga kerana Piala Cahya Mata menyediakan platform kepada orang ramai untuk berkongsi minat dan kecintaan mereka terhadap sukan ini.

“Menyokong bola sepak amatur bukan sekadar satu pelaburan dalam bidang sukan, malah mencerminkan komitmen kami terhadap pembangunan komuniti.

“Bola sepak membawa semangat ‘Teguh Bersama’ Cahya Mata kerana kejayaan memerlukan kerjasama berpasukan, disiplin dan kepercayaan. Nilai-nilai ini juga menjadi pegangan kami di Cahya Mata.

“Apabila melihat penyertaan 256 pasukan, ribuan pemain serta sokongan komuniti terhadap mereka, ia menunjukkan bahawa perjalanan ini baru sahaja bermula,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Kapten Twenty Four FC, Chun Keong Low, memberitahu pasukannya telah bekerja keras untuk mencatat setiap kemenangan, bermula daripada pertandingan peringkat negeri sehingga ke perlawanan akhir.

“Menamatkan saingan sebagai juara kebangsaan merupakan sesuatu yang akan sentiasa kami kenang. Kami tidak sabar untuk membawa pulang trofi ini dan meraikannya bersama komuniti kami.

“Jurulatih, keluarga dan penyokong sentiasa bersama kami sepanjang perjalanan ini dan kejayaan ini turut dikongsi bersama mereka.

“Kami juga berterima kasih kepada Cahya Mata kerana memberi peluang kepada pemain amatur seperti kami untuk bersaing dengan pasukan dari seluruh Malaysia. Kami berharap kejohanan ini akan diteruskan supaya lebih ramai pemain dapat merasai pengalaman yang sama,” ujarnya.

Perlawanan akhir itu menutup kempen kejohanan di seluruh negara yang menghimpunkan 256 pasukan serta kira-kira 6,400 pemain dan pegawai dari lapan negeri bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah lebih RM500,000.

Dianjurkan oleh Cahya Mata, Piala Cahya Mata 2026 menyaksikan lapan juara negeri bersaing di peringkat kumpulan di Negeri Sembilan, dengan empat pasukan berjaya mara ke Kuching untuk beraksi pada peringkat separuh akhir sekali gus memburu gelaran juara kebangsaan.

Selain itu, Piala Cahya Mata berkembang dengan ketara sejak mula diperkenalkan sebagai Mambong Community Cup di Sarawak pada 2024.

Selepas diperluaskan kepada empat pertandingan komuniti di seluruh Kuching pada 2025, kejohanan itu mencapai satu pencapaian baharu pada 2026 apabila berkembang menjadi pertandingan peringkat kebangsaan, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pemain bola sepak amatur untuk bersaing di luar komuniti masing-masing.

Selain memberi tumpuan kepada penyertaan pemain amatur, kejohanan itu turut mempromosikan semangat kesukanan dan persekitaran sukan bebas bahan terlarang menerusi pelaksanaan ujian saringan dadah secara rawak dengan kerjasama agensi berkaitan.

Untuk mendapatkan keputusan perlawanan dan maklumat lanjut mengenai kejohanan, layari cahyamata.sukandigital.com.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

30 peserta pelajari teknik asas kraf manik

Keindahan susunan ratusan manik halus yang kelihatan sederhana menyimpan keunikan seni, ketelitian dan identiti budaya masyarakat Kayan Belaga yang diwariskan sejak turun-temurun. Keunikan itu terserlah