ARTIKEL

DEKOMS sedia 20 tapak jualan sempena pesta akhir tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 20 tapak jualan disediakan kepada usahawan tempatan sempena Pesta Jualan Akhir Tahun anjuran Biro Wanita Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) di Kompleks Beli-belah Riverside, di sini, pada 27 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dayang Norsiah Awang Mashor, berkata pesta yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu bertujuan menyediakan platform kepada usahawan, khususnya wanita, untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat.

Beliau berkata, penganjuran program dengan kerjasama pengurusan Permata SEDC Sdn Bhd itu turut membuka peluang kepada peserta meningkatkan pendapatan serta memperluas jaringan perniagaan.

“Pesta bertemakan ‘YES DEKOMS’ itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan untuk kanak-kanak serta golongan dewasa.

“Antara acara yang dirancang ialah pertandingan karaoke, pakaian beragam bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan pertandingan karaoke khas untuk peserta berusia 45 tahun ke atas,” katanya.

Beliau menambah, pengunjung juga berpeluang menyertai pertandingan Poco-poco berkumpulan yang terbuka kepada orang ramai dengan penyertaan maksimum enam peserta bagi setiap kumpulan.

Dayang Norsiah berkata, usahawan dan penjaja yang berminat menyertai jualan boleh mendapatkan tapak yang disediakan, dengan peserta perlu membawa meja sendiri berukuran dua kali enam kaki.

Bagi penyertaan pertandingan, borang hendaklah dihantar bersama bayaran yuran pada atau sebelum 25 Disember ini.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Dr Masmanis Mohd Yusof menerusi talian 013-824 8866 atau Arena Ibrahima di talian 012-808 0952.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bollywood cetus bakat kanak-kanak

Tema Bollywood menjadi inspirasi kepada 27 kanak-kanak berusia antara empat hingga 16 tahun untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi diri menerusi Pertunjukan Bakat Kanak-Kanak Miss