ARTIKEL

TUN Dr Wan Junaidi bersama-sama rakyat di Yong Hua Cafe, Kuching pagi semalam.

TYT santuni rakyat di kedai kopi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak kekok menyantuni dan beramah mesra dengan masyarakat ketika berkunjung ke Yong Hua Cafe, dekat sini.

Pagi semalam, beliau ditemani isterinya Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bersama-sama anakanak bersarapan di kedai makan tersebut.

Menurut hantaran di media sosial Fecebooknya, ia antara kafe yang sering dikunjungi beliau dan keluarga untuk bersarapan.

Antara menu yang sering menjadi pilihan ialah mi jawa dan sate.

Wan Junaidi juga sempat menyantuni, sekali gus beramah mesra dengan pelanggan lain yang berada di sana pagi semalam sebelum memandu pulang.

Wan Junaidi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri berkuat kuasa pada 26 Januari lalu, sekali gus dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.

Beliau mengangkat sumpah sebagai TYT Sarawak kelapan petang semalam.

Wan Junaidi, 78, juga dilantik mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU