ARTIKEL

HADIR... Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) sambil diiringi isteri menyantuni para pelanggan di sekitar premis Nur Islamic Cafe.

TYT Sarawak bersarapan santai bersama penduduk Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar memeriahkan suasana sarapan pagi di pekarangan premis Nur Islamic Cafe, pagi tadi.

SANTAI… Rombongan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama-sama pelanggan lain di Nur Islamic Cafe.

Kunjungan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi disambut mesra para penduduk tempatan yang turut menjamu selera di lokasi kira-kira jam 8 pagi.

Kehadiran pimpinan tertinggi Sarawak itu sekali gus mengejutkan pemilik kafe terbabit, Muhd Rahmat yang tampak gembira dengan kedatangan beliau.

Wan Junaidi dan isteri dilaporkan mengunjungi tempat bersarapan itu sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang dijadual berlangsung jam 10 pagi.

Lokasi kafe yang terletak berhampiran hotel penginapan membolehkan pasangan tersebut berjalan kaki santai ke premis berkenaan.

Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Unit Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya bersama isteri, Datin Shanti Achmad; Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee; Temenggong Stanley Geramong; ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek serta Jacob Wong.

Tun Pehin Sri dan Toh Puan turut meluangkan masa bertegur dan beramah mesra dengan pelanggan lain sebelum beredar meninggalkan kafe tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU