ARTIKEL

Wan Junaidi (tengah) bersama-sama yang lain di kediaman Jabu.

TYT Sarawak, isteri serikan rumah terbuka Gawai pemimpin Dayak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyerikan hari pertama sambutan Gawai dengan mengunjungi beberapa rumah terbuka pemimpin tempatan, hari ini.

Selepas menghadiri rumah terbuka Gawai Dayak peringkat negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pagi tadi, Wan Junaidi dan isteri melawat kediaman bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Mereka disambut mesra oleh Jabu, isteri Tan Sri Empiang Jabu dan anak mereka, Timbalan Menteri Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut kelihatan memeriahkan majlis berkenaan.

Lawatan ‘ngabang’ Gawai Abang Johari kemudian diteruskan ke kediaman pengarah Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak (TROPI) Datuk Dr Lulie Melling.

Mengiringi Abang Johari di kediaman Dr Lulie ialah Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Turut kelihatan, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara, ‘ngabang’ Tun Wan Junaidi diteruskan di kediaman Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil.

Dr Jerip dan isteri Datin Lee Chai Fong serta keluarga mereka menyambut meriah kedatangan TYT serta isteri, sambil disajikan dengan persembahan tarian alu-aluan daripada Persatuan Warisan Bung Siburan (BHA), diiringi muzik tradisional Bidayuh dikenali sebagai Gong Pedi dan Gong Rejang Beuh.

Abang Johari (dua kiri) di kediaman Dr Lulie (kanan).
Wan Junaidi (tengah) di kediaman Dr Jerip (dua kiri).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU