ARTIKEL

Tun Dr Wan Junaidi ditemani Toh Puan Fauziah meninjau pembinaan Jambatan Rambungan. Foto: Astana Sarawak

TYT, Toh Puan tinjau perkembangan pembinaan Jambatan Rambungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkesempatan meninjau perkembangan pembinaan Jambatan Rambungan yang sedang giat dilaksanakan ketika dalam perjalanan menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Kampung Rambungan, hari ini.

Tun Wan Junaidi menyambut baik penyediaan infrastruktur jalan raya dan jambatan yang merupakan antara kemudahan asas penting dalam meningkatkan tahap kesalinghubungan, merancakkan kegiatan sosioekonomi, serta membuka lebih banyak peluang pembangunan kepada masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar dan pesisir Sarawak.

Menurutnya, kemudahan perhubungan yang baik bukan sahaja dapat memudahkan pergerakan rakyat, malah berupaya mempertingkat akses kepada peluang ekonomi, pendidikan, dan perkhidmatan, sekali gus memberi impak positif terhadap taraf hidup masyarakat setempat.

Pembinaan Jambatan Rambungan turut mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh rangkaian perhubungan serta menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik demi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merancakkan pembangunan di kawasan berkenaan.

Tun Wan Junaidi berharap projek pembinaan tersebut dapat berjalan dengan lancar dan disiapkan mengikut perancangan agar manfaatnya dapat dinikmati oleh masyarakat setempat serta pengguna jalan raya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama