Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Ubah status maklumat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang untuk mengubah status maklumat berkaitan asal usul Covid-19 selepas ia diluluskan sebulat suara oleh Kongres, lapor Agensi Anadolu.

“Pentadbiran saya akan terus menyemak semua maklumat sulit berkaitan asal usul Covid-19, termasuk kemungkinan pautan ke Institut Virologi Wuhan.

“Dalam melaksanakan undang-undang ini, pentadbiran saya akan menukar status dan berkongsi sebanyak mungkin maklumat, selaras kuasa perlembagaan saya untuk melindungi pendedahan maklumat yang boleh meletakkan keselamatan negara dalam bahaya,” menurut kenyataan Biden semalam.

Rang undang-undang itu memerlukan Pejabat Pengarah Perisikan Negara untuk mengubah status semua perisikan berkaitan asal usul wabak itu selepas beberapa pegawai sedia ada, bekas pegawai serta agensi AS menyokong teori bahawa virus itu berasal dari makmal penyelidikan China di bandar Wuhan dan bukannya akibat daripada fenomena alam.

Pada 28 Febuari, Pengarah FBI Christopher Wray berkata biro itu menilai bahawa asal usul wabak itu kemungkinan besar adalah insiden makmal di Wuhan dan mendakwa Beijing berusaha untuk melemahkan siasatan AS dan anggota masyarakat antarabangsa yang lain.

Baca lain  Lelaki rompak 750 kg emas bernilai RM165 juta di lapangan terbang

Beberapa hari sebelum pengumuman Wray, Jabatan Tenaga mengeluarkan laporan yang menyatakan kurang yakin bahawa kebocoran makmal bertanggungjawab untuk Covid-19.

Bagaimanapun, perisikan asas kekal sulit yang bermakna rakyat Amerika dan pihak yang berminat di seluruh dunia tidak dapat mengaksesnya. – Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru