ARTIKEL

Ubah wajah Lambir jadi pusat bersepadu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kemudahan prasarana dan infrastruktur akan dirancang serta dibangunkan di kawasan Lambir. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini bagi memenuhi permintaan sosioekonomi setempat dan sekolah antarabangsa yang bakal dibina di kawasan itu.

“Segala perancangan untuk prasarana dan infrastruktur perlu dilakukan secara komprehensif agar dapat dikembangkan pada masa hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa mengadakan Program Lawatan Kerja ke Kampung Beraya di sini, Rabu lalu.

Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua itu mencadangkan sebuah pusat khidmat bersepadu merangkumi Tamu Beraya, Anjung Usahawan, kompleks sukan bersepadu dan sebagainya dibina kerana kawasan Lambir mempunyai potensi dan lokasi strategik.

“Saya minta Jabatan Tanah dan Survei membuat perancangan bagi kawasan ini kerana berpotensi dijadikan sebagai pusat khidmat Miri. “Lagipun sebuah sekolah antarabangsa akan dibina di sini. “Maka wajar sekiranya kemudahan untuk perkhidmatan juga dibangunkan demi kegunaan penduduk setempat,” jelasnya lagi.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Usahawan turut menasinati ushawan tempatan supaya memanfaatkan Skim Kredit Mikro Sarawak di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2 (BKSS 2.0) bagi meringankan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perusahaan mikro, penjaja serta peniaga kecil.

Sementara itu, Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais berkata, Skim Kredit Mikro BKSS 2.0 berbeza dengan pakej Prihatin yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan, dana yang disalurkan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Agrobank sebagai agensi pelaksana masih banyak untuk pemohon yang layak.

“Saya berharap orang ramai pergi ke kedua-dua agensi terbabit dan mengisi permohonan secara dalam talian, manakala kredit mikro di bawah Prihatin pula dilaksanakan oleh bank-bank perdagangan,” ujarnya.

Adun Lambir Ripin Lamat; Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Miri Superintenden Hardi Fadillah Hamzah turut hadir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu