KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah telah menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Ucapan tersebut disampaikan melalui satu hantaran beserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
“Semoga perayaan ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada mereka yang menyambut Hari Natal,” titah baginda.
Baginda juga menekankan bahawa masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan budaya merupakan tunjang perpaduan negara.
Hari Krismas disambut pada 25 Dis setiap tahun oleh penganut Kristian. – BERNAMA


