ARTIKEL

UGGAH, Razi dan Richard ketika melawat Pameran Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri Sarawak kali ketujuh di Pejabat Daerah Betong, hari ini. | Foto: UKAS

Uggah tinjau pameran syor persempadanan Pilihan Raya Negeri Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Tinjauan pemimpin kerajaan dalam Pameran Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak kali ketujuh mencerminkan keprihatinan Kerajaan Sarawak dengan proses penting menentukan hala tuju sistem perwakilan rakyat di negeri ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini meninjau pameran berkenaan yang diadakan di Pejabat Daerah Betong.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam serta Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr. Richard Rapu.

UGGAH, Razi dan Richard ketika melawat Pameran Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri Sarawak kali ketujuh di Pejabat Daerah Betong, hari ini. | Foto: UKAS

Kehadiran Uggah yang juga ADUN Bukit Saban itu dilihat sebagai cerminan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam memastikan proses kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan serta keperluan rakyat di negeri ini.

Tinjauan tersebut turut memberi peluang kepada beliau untuk mendapatkan gambaran dan maklumat terkini cadangan perubahan sempadan serta susunan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri di Sarawak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempamerkan syor kajian persempadanan semula tersebut bermula 1 hingga 30 September depan.

Untuk rekod, jumlah kawasan pilihan raya negeri di Sarawak dicadangkan ditambah sebanyak 17 bahagian, sekali gus menjadikan keseluruhan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebanyak 99 kerusi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU