ARTIKEL

TINJAU.. Uggah ditemani Aidel dan Cassidy meninjau persiapan akhir menjelang Majlis Perasmian Jambatan Batang Lupar 1, hari ini. Foto FB Douglas Uggah Embas

Uggah Tinjau Persiapan Akhir Perasmian Jambatan Batang Lupar 1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini meninjau persiapan akhir menjelang Majlis Perasmian Jambatan Batang Lupar 1 yang akan disempurnakan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, esok.

Tinjauan dilakukan menerusi raptai penuh melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bersama dengan pelbagai agensi berkaitan bagi memastikan semua aspek protokol, keselamatan, logistik, teknikal serta pengurusan acara diselaraskan dengan baik.

Uggah berkata, persiapan rapi amat penting bagi memastikan majlis perasmian berlangsung lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Turut hadir Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir Aidel Lariwoo, Pengarah JKR Sarawak, Datuk Dr Cassidy Morris serta pegawai kanan daripada agensi berkaitan.

Jambatan Batang Lupar 1 dibuka kepada orang awam pada 21 Mei lalu sempena majlis prapelancarannya dan kini menjadi pemangkin kepada peningkatan kesalinghubungan kawasan pesisir Sarawak.

Pelaksanaan raptai penuh hari ini mencerminkan komitmen semua pihak untuk memastikan Majlis Perasmian Jambatan Batang Lupar 1 berlangsung dengan lancar, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam agenda pembangunan infrastruktur Sarawak demi manfaat rakyat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU