Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Ugut cederakan ibu kandung, penganggur didenda 2,000

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

KUCHING: Ugut cederakan ibu kandung gara-gara tidak diberikan wang yang diminta membawa padah terhadap seorang penganggur lelaki apabila dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Abang Azmil Abang Mohamad, 31, dari Kampung Hulu Serembang mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan, dia melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Bintawa, kira-kira jam 9.30 malam, 26 mac lepas.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian pengadu (ibu) berada di rumah, anak lelakinya (tertuduh) mengamuk kerana tidak diberikan wang yang diminta.

Tertuduh sering meminta wang daripada pengadu dan akan mengamuk serta mengeluarkan kata-kata ugutan sekiranya tidak diberikan wang yang diminta.

Bimbang akan keselamatan diri dan ahli keluarga lain serta memberi pengajaran kepada anaknya, pengadu tekad melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Baca lain  Tiga lelaki ditahan merusuh di Kampung Peraya, polis giat mengesan suspek yang masih bebas

Pada 27 Mac, sekitar jam 2.30 petang, tertuduh berjaya ditangkap oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching di kediaman mereka Kampung Bintawa.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru