ARTIKEL

Penyerahan Kapsul Kayuhan 25 Tahun UiTM kepada Dr Shahrin oleh peserta berbasikal.

UiTM Sarawak anjur aktiviti kayuhan basikal 25 km sempena Sambutan Ulang Tahun ke-25 UiTM di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Lebih 25 kakitangan, termasuk alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, menyertai aktiviti kayuhan basikal sempena Sambutan Ulang Tahun ke-25 UiTM di Malaysia, hari ini.

Konvoi itu, yang diketuai oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin, bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menuju ke UiTMCS melibatkan kayuhan basikal sejauh kira-kira 25 kilometer.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (PLPU) UiTM, Datuk Dr Raduan Che Rose, kayuhan sejauh kira- kira 25 kilometer itu adalah jarak simbolik sempena sambutan 25 tahun universiti terbesar di Malaysia itu.

Dr Raduan (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek sumbangan TBS berjumlah RM24,000 kepada Dr Mohammad Isa.

“Sejak penubuhannya, UiTM telah memainkan peranan yang penting dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi kepada anak-anak bangsa.

“Institusi ini bukan sahaja menjadi tempat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang,” katanya pada Majlis Kayuhan Kapsul 25 Tahun UITM Rentas Cawangan di sini, petang tadi.

Tambah Dr Raduan lagi, UiTM telah menjadi mercu tanda kecemerlangan akademik, penyelidikan inovatif dan pembangunan profesional.

UiTM Cawangan Sarawak, katanya, tidak terkecuali dalam melahirkan ramai alumni yang hebat dan kini bukan sahaja menjawat pelbagai jawatan penting dalam sektor awam tetapi juga sektor swasta.

“Tidak kurang juga yang menjadi ahli politik terkenal sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan di samping bergelar usahawan berjaya dalam pelbagai bidang.

“Antara alumni UiTM Cawangan Sarawak adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Pro-Canselor UiTM, Datuk Abdul Wahab Aziz, Pro-Canselor UiTM dan ramai lagi,” ujarnya.

Pada majlis itu juga, Dr Raduan turut menyaksikan penyerahan replika cek sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjumlah RM24,000 kepada Timbalan Rektor Hal Ehwai Akademik dan Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak, Dr Mohammad Isa Mohamadin.

Bersempena dengan sambutan Jubli Perak UiTM 2024 sebagai sebuah universiti, UiTM Cawangan Sarawak juga telah merangka pelbagai program menarik bagi meraikan sambutan yang penuh bersejarah itu.

Di antaranya adalah penjualan barangan edisi khas, kayuhan kapsul merentas cawangan yang bermula pada 20 Jun 2024, Fun Run dan Majlis Makan Malam 25 Tahun UiTM yang dijangka diadakan pada 25 Ogos 2024.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU