ARTIKEL

Dr Tamoi Janggu (dua kanan) bersama-sama pasukannya menerima cenderahati daripada Tuai Rumah Ngumbang Santok selaku pengerusi JKKK.

UiTM Sarawak Perkasa Ekopelancongan Melalui Projek Komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Empat fasa strategik Projek Ekopelancongan Berasaskan Komuniti dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sarawak bersama-sama Ekopelancongan Wong Radak, Kampung Tuba, Pantu, mampu menyeimbangkan kemajuan ekonomi, kesejahteraan sosial dan pemeliharaan alam sekitar.

Ketua Projek Komuniti UiTM Sarawak, Dr Tamoi Janggu berkata, projek dua tahun tersebut bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rh Ngumbang dan Koperasi Kampung Tuba Simunjan Berhad (KKTSB) sejak 1 Januari lalu.

Rakam kenangan…Pasukan projek komuniti merakam kenangan bersama-sama penduduk Kampung Tuba.

“Empat fasa tersebut ialah asas dan pengukuhan koperasi iaitu memberi latihan menyusun semula tadbir urus, meningkatkan kefahaman ahli tentang koperasi dan ekopelancongan serta mengenal pasti potensi aset komuniti.

“Fasa tersebut berjaya dilaksanakan melalui program Bicara Ilmu pada 8 hingga 9 Mei lalu, yang dihadiri Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodie. Ia sebagai tanda permulaan rasmi pembangunan ekopelancongan tersebut.

“Fasa kedua pula ialah pembangunan kapasiti dan kemahiran… latihan pengurusan koperasi dan ekopelancongan, rekod kewangan, hospitaliti, pemasaran digital dan keusahawanan bagi memupuk keyakinan serta pelibatan aktif komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, fasa kedua dan ketiga ialah pelaksanaan aktiviti ekonomi melibatkan aktiviti ekopelancongan dan pengukuhan jaringan serta kelestarian khasnya agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

Lawatan ke Wong Radak sambil menikmati alam sekitar.

Tegasnya, dengan komitmen padu penduduk bersama-sama UiTM dan pelbagai agensi projek itu diyakini mampu menjadi contoh pembangunan komuniti berasaskan koperasi di Sarawak dan seluruh negara.

Inisiatif projek komuniti turut dianggotai Profesor Dr Corina Joseph, Patrict Atan, Susana William Jalil, Ranee Atlas dan Tina Stephen yang merangkumi kepakaran dari segi perakaunan, perhotelan dan pelancongan.

Latihan kursus asas perakaunan dan pelancongan kepada penduduk kampung khasnya ahli KKTSB.

Untuk rekod, KKTSB merupakan satu-satunya koperasi yang terpilih dari Sarawak bagi menyertai Program Memperkasa Digitalisasi Koperasi (CODE) bagi Sektor Pelancongan atau nama ringkasnya CODE COOPTOURISM anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

Penyertaan program selama dua tahun itu terdiri daripada tujuh koperasi dari Semenanjung Malaysia, dua dari Sabah dan satu dari Sarawak iaitu KKTSB.

Kembara pacuan empat roda oleh pasukan projek komuniti memasuki kawasan Ekopelancongan Wong Radak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU