ARTIKEL

UiTM, Universitas Panca Bhakti Pontianak perkasa kerjasama akademik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Universitas Panca Bhakti (UPB) Pontianak, Indonesia bakal memperkasa kerjasama akademik dan perkongsian di peringkat global.

Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Datuk Dr. Jamil Hamali berkata, ia sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan dan menyediakan peluang besar mengenai kerjasama dua hala institusi berkenaan.

“Ia adalah perjanjian yang mencerminkan komitmen bersama untuk mempromosikan kecemerlangan akademik, memupuk inovasi, dan membangunkan rangkaian perkongsian pengetahuan di peringkat global. 

“Melalui perkongsian ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan hubungan penyelidikan dan industri di antara dua negara ini yang akan meningkatkan kualiti pendidikan.

“Ia juga dapat menyediakan para pelajar dengan peluang yang lebih besar untuk terlibat dalam pertukaran antarabangsa, latihan amali serta projek penyelidikan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis menandatangani MoU di antara UiTM dengan UPB di ruang legar Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 di sini, hari ini. 

Sementara, majlis menandatangani MoU itu juga disempurnakan oleh Jamil dan disaksikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak, Professor Madya Dr. Mohammad Isa Mohamadin mewakili UiTM manakala Rektor UPB Dr. Purwanto, S.H, M. HUM  dan Timbalan Rektor II UPB, Dr. Reni Dwi Widiastuti, M. SI. mewakili UPB.

Hadir sama Konsul Bahagian Pendidikan, Sosial dan Budaya Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kuching, Fitri Tjandra Prijanti sekaligus mewakili Konsul Jenderal Republik Indonesia, Raden Sigit Witjaksono, serta wakil yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU