ARTIKEL

Maryam Zanariah Ibrahim

Ujian Tahun 4: Ibu Bapa Ada Sokong, Ada Kata Terlalu Awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan pengukuran pembelajaran Tahun Empat mulai tahun ini bagi empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains menerima pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa di negeri ini.

Suara Sarawak menemu bual beberapa ibu bapa untuk mendapatkan respons mereka. Ada yang menyatakan sokongan dan memberi sambutan positif dengan melihat langkah itu sebagai usaha awal memperkukuh asas pembelajaran murid.

Maryam Zanariah Ibrahim, 35 – “Pendekatan itu merupakan satu langkah yang sangat positif kerana ia membantu mengenal pasti tahap penguasaan asas anak lebih awal. Melalui penilaian ini juga guru dan ibu bapa dapat memahami kekuatan serta bahagian yang perlu diperkukuh. Ini sekali gus memudahkan perancangan bimbingan yang lebih tepat dan terarah dalam pendidikan anak-anak.”

Nur Hidayah Mohamad Mustapha, 38 – “Matriks pembelajaran bermula Tahun Empat dapat menjadi platform terbaik dalam memperkukuh asas akademik murid sebelum mereka melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Jika pendekatan dilaksanakan dengan baik ia bukan sahaja membantu murid belajar dengan lebih tersusun malah memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa perkembangan anak dipantau dan disokong secara menyeluruh.”

Nur Hidayah Mohamad Mustapha

Diyana Abdull Hakim, 32 – “Ia merupakan satu langkah positif dalam memastikan penilaian penting dilakukan susulan pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini. Meskipun pelaksanaan ini agak awal untuk murid Tahun Empat yang perlu bersedia dari segi mental tetapi ia tetap bermanfaat bagi memantau kelemahan murid sejak awal. Diharapkan sokongan berterusan daripada guru dan ibu bapa selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan penanda aras dalam sistem pendidikan.”

Diyana Abdull Hakim

Abdul Majid Azman, 37 – “Pelaksanaan pengukuran pembelajaran ini wajar dilaksanakan kerana ia dapat membantu mengenal pasti tahap penguasaan anak-anak lebih awal khususnya dalam mata pelajaran teras. Ini sekali gus memberi panduan kepada guru dan ibu bapa untuk mengambil tindakan susulan sekiranya terdapat kelemahan dalam pembelajaran. Namun pada masa yang sama saya berharap pelaksanaan ujian ini tidak membebankan murid dari segi tekanan emosi serta akademik.”

Abdul Majid Azman

Prem Notes, 50 – “Penilaian sewajarnya dilaksanakan seperti sebelum ini iaitu pada peringkat Darjah Enam, Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima sebelum melangkah ke Tingkatan Enam. Pelaksanaan penilaian pada peringkat awal dilihat kurang wajar serta lebih sesuai dilakukan apabila murid memasuki darjah Enam. Selain itu perubahan sukatan serta kaedah pembelajaran yang kerap setiap tahun dianggap mengelirukan. Justeru satu pendekatan yang lebih sesuai diperlukan bagi memperkasakan sistem pendidikan.”

Prem Notes

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU