Ulang tahun ke-70 China disambut meriah

BEIJING: Beijing meraikan ulang tahun ke70 Republik Rakyat China secara besarbesaran pada Selasa tetapi dengan kawalan rapi dan ketat. Setiausaha Parti Komunis menyenaraikan beberapa butiran berkenaan acara awam sempena sambutan tersebut Presiden Xi Jinping, yang juga setiausaha agung Parti Komunis memulakan sambutan dengan ucapannya.

Xi merupakan pemimpin negara paling kuat sejak Mao Zedong, mengasaskan Republik Rakyat China pada 1 Oktober 1949 di akhir perang saudara yang memaksa nasionalis berhijrah ke Taiwan.

Pada Isnin, pemimpin semasa China tunduk hormat tiga kali di hadapan patung Mao di Tiananmen Square dan memberi penghormatan kepada mayatnya yang diawet, menurut laporan media negara.

Foto AFP

Xi menyampaikan ucapan dengan visi ‘impian China’ dalam memulihkan kemegahan yang pernah dikecapi negara itu. Sambutan ulang tahun merupakan peluang bagi China menunjukkan kepada dunia kekuatan tenteranya yang semakin meningkat, dengan barisan pertahanan senjatanya dan perarakan 15,000 tentera merentasi Tiananmen Square.

Kereta kebal, pengebom, dron supersonik dan peluru berpandu balistik baharu dengan keupayaan merentasi benua untuk sampai ke Amerika Syarikat (AS) adalan antara 600 perkakasan ketenteraan serta 160 pesawat dipamerkan. Bukan tentera sahaja yang terlibat dalam perarakan.

Malah sekitar 100,000 orang awam berjalan sepanjang laluan perarakan. Simbol angka tujuh mendominasi sambutan dengan penganjur melepaskan 70,000 merpati dan 70,000 belon sebagai simbolik ulang tahun ke-70 terbabit.

Pada acara kemuncak, Tiananmen Square dimeriahkan dengan persembahan artis serta pertunjukan bunga api. -AFP

Suara Sarawak