SPAOH: Ular sawa sepanjang 15 kaki yang bersembunyi di bawah almari rumah kediaman penduduk di Kampung Bungin, berjaya ditangkap, malam tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Betong Kapten Siti Huzaimah Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumkan oleh penduduk tentang kehadiran sang batik itu sekitar 10 malam.
“Tiga anggota Skuad Alfa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digegaskan ke lokasi dan mendapati seekor ular sawa berada di bawah almari, di bahagian bawah rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, selepas berjaya ditangkap, ular tersebut dibawa ke bilik gerakan untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, pemilik rumah menzahirkan rasa cemas sebaik menyedari kehadiran reptilia sepanjang 15 kaki itu di bawah rumahnya.




