ARTIKEL

Ular sawa lepak dalam bonet enjin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seekor ular sawa ditemui melingkar di dalam bonet enjin sebuah kereta di Institut Pengajian Guru (IPG), Jalan College, Batu Lintang, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan sekitar jam 7.54 pagi.

Katanya, dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, seekor ular sawa didapati berada di bonet enjin kereta yang sedang parkir di lot parkir kawasan IPG,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak menggunakan penjerut untuk menangkap dan menarik keluar ular tersebut dari bahagian enjin.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya