ARTIKEL

Umat Islam di Malaysia mula puasa esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Umat Islam di seluruh Malaysia akan mula berpuasa esok, 23 Mac.

Perkara tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

“Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari berkenaan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung, malam ini.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan hari ini, 22 Mac 2023 untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara dan bersetuju cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan