ARTIKEL

MERIAH...Roland (tengah) menyerahkan cenderahati kepada salah seorang peserta

UNIFOR agih geran tahunan kepada setiap agama utama lain di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah menyumbang kepada kejayaan 778 projek berjumlah RM100.4 juta sejak penubuhannya pada tahun 2017, dedah Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak itu berkata, terdapat 623 lagi projek yang sedang dijalankan berjumlah RM148.9 juta hasil daripada geran diperuntukan oleh UNIFOR.

“Projek ini termasuk kerja bangunan baru, penyelenggaraan dan pembaikan.

“Sejak penubuhan UNIFOR di 2017 sehingga kini, kita telah melihat 778 projek telah siap berjumlah RM100.4 juta dan 623 lagi projek yang sedang dijalankan berjumlah RM148.9 juta daripada geran UNIFOR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Agama-agama lain bersempena dengan sambutan perayaan hari keputeraan rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong Ke-17 peringkat Sarawak Tahun 2024 di Dewan Suarah Samarahan, pada Khamis.

Tegasnya, UNIFOR bertujuan memastikan semua agama lain di Sarawak dijaga sama-rata di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Di bawah kepimpinannya (Abang Johari) yang berwawasan dan prinsip keterangkuman sosial, kami telah mengagihkan geran tahunan kepada setiap agama utama lain di Sarawak iaitu Kristian, Buddha, Taoisme, Baha’isme, Agama Sikh dan Hindu,” jelas beliau lagi.

Mengulas mengenai majlis kesyukuran itu, beliau menegaskan Sarawak satu-satunya wilayah di Malaysia yang menganjurkan Majlis Kesyukuran antara agama yang berbeza.

“Malam ini, kita sekali lagi menyaksikan keunikan majlis kesyukuran agama kita yang lain anjuran UNIFOR mengikut keunikan Budaya Sarawak sendiri.

“Peristiwa positif ini sememangnya menggambarkan sikap saling menghormati dan pemahaman dalam agama, kepercayaan dan kepercayaan rohani yang berbeza untuk bersatu,” katanya.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.