ARTIKEL

Uggah menyerahkan cek bantuan dana UNIFOR kepada ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting sambil disaksikan oleh Pengarah UNIFOR, Dato Georgina Apphia Ngau pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain 2026 (Fasa 1) di Kompleks UNIFOR, Kuching hari ini.

UNIFOR agih RM34.87 juta untuk 148 projek rumah ibadat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak RM34.87 juta dana Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) diagihkan kepada 45 wakil rakyat, terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), bagi melaksanakan 148 projek rumah ibadat di konstituensi masing-masing.

Pengagihan dana fasa pertama tahun ini disempurnakan Timbalan Premier merangkap menteri bertanggungjawab ke atas UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain 2026 (Fasa 1) di Kompleks UNIFOR, di sini, hari ini.

“Dana ini akan memanfaatkan sebanyak 148 projek bagi rumah-rumah ibadat,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Uggah turut mengingatkan jawatankuasa projek dan pihak pengurusan rumah ibadat supaya menguruskan dana yang diterima secara bertanggungjawab dan menggunakannya mengikut tujuan yang diluluskan.

Beliau berkata, baki RM55.12 juta akan diagihkan menerusi fasa kedua yang dijangka dilaksanakan pada September atau Oktober depan.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM90 juta tahun ini bagi pembangunan fizikal rumah ibadat di seluruh negeri, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memupuk keharmonian agama dan inklusiviti.

Sehubungan itu, Uggah menyeru semua kaum di Sarawak terus bersatu padu serta mengekalkan keharmonian dan inklusiviti selaras dengan semangat Segulai Sejalai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU