Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Unifor peruntuk RM3.7 juta bantu 32 sekolah mubaligh di Kuching, Serian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Dr Penguang Manggil (tengah) bergambar bersama wakil penerima daripada 32 sekolah mubaligh (Foto oleh Alif Noni)

Datuk Dr Penguang Manggil (tengah) bergambar bersama wakil penerima daripada 32 sekolah mubaligh (Foto oleh Alif Noni)

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) telah memperuntukkan dana berjumlah RM3.7 juta bagi membantu 32 buah sekolah mubaligh di kawasan Kuching dan Serian.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kerajaan Tempatan) Datuk Dr Penguang Manggil berkata, dana ini adalah untuk membantu pihak Sekolah Mubaligh untuk mengurus, memperbaiki dan menaiktaraf keperluan prasarana sekolah.

Justeru katanya, Unifor sentiasa membantu mempromosikan, membantu serta menaik taraf beberapa kemudahan sekolah mubaligh terutamanya di kawasan luar bandar.

“Sarawak adalah satu-satunya negeri yang mempunyai persatuan untuk agama lain dan ini menunjukkan bahawa kerajaan Sarawak sangat mengambil berat tentang rakyat mereka.

“Dan pada masa yang sama menyampaikan apa yang telah dijanjikan terutamanya kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Penyampaian Cek Bantuan kepada Sekolah Mubaligh Sarawak 2022, di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Adun Marudi itu berharap peruntukan yang diberi itu akan digunakan oleh pihak sekolah dengan sebaiknya.

“Saya berharap peruntukan berkenaan boleh meringankan beban sekolah dalam membeli apa sahaja kemudahan yang diperlukan untuk menambah baik mekanisme atau pengajaran mereka serta membantu pelajar yang memerlukan.

” Adalah penting untuk kita berganding bahu sebagai warga Sarawak terutamanya dalam memajukan dan mendidik anak-anak kita demi kebaikan generasi akan datang,” katanya lagi.

Bantuan berjumlah RM3.7 juta ini bakal memanfaatkan sebanyak 8,734 orang pelajar di dua kawasan sekolah mubaligh berkenaan (Kuching dan Serian).

Ia merangkumi dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 30 buah Sekolah Rendah (SK).

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru