ARTIKEL

Hata ketika ditemui selepas menyempurnakan Sidang Kelima Majlis Konvokesyen Ke-30 UNIMAS di Arena Gemilang, DeTAR Putra, di sini, hari ini.

UNIMAS alu-alukan cadangan FTES diperluas ke tiga universiti Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik cadangan memperluaskan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) kepada anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di tiga universiti Persekutuan yang mempunyai kampus di negeri ini.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, beliau menyampaikan hasrat berkenaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan menerima maklum balas positif.

Katanya, cadangan itu sudah lama menjadi harapan anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di universiti awam, khususnya UNIMAS, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Kita bersyukur kerana Premier menyambut baik hasrat ini, kerana inisiatif berkenaan bukan sahaja dapat membuka lebih banyak peluang kepada anak Sarawak, malah mengurangkan beban kewangan mereka.

“Usaha ini juga membolehkan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian tanpa perlu memikirkan cara mendapatkan pendapatan untuk membayar yuran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Sidang Kelima Majlis Konvokesyen Ke-30 UNIMAS di Arena Gemilang, DeTAR Putra, di sini, hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Sarawak bersetuju mempertimbangkan perluasan FTES kepada anak Sarawak yang menuntut di tiga universiti Persekutuan yang mempunyai kampus di negeri ini.

Abang Johari, ketika ditemui semalam selepas menyempurnakan Sidang Ketiga Majlis Konvokesyen Ke-30 UNIMAS, memaklumkan bahawa pertimbangan itu membabitkan UNIMAS, UiTM dan UPM, khusus untuk anak Sarawak yang mengikuti pengajian di kampus masing-masing di negeri ini.

Menurutnya, cadangan berkenaan dikemukakan oleh Hata dan beliau pada dasarnya bersetuju.

Bagaimanapun, kerajaan ketika ini tidak mempunyai kuasa kerana berada dalam tempoh kerajaan sementara (caretaker).

Namun, tegas beliau, sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) kembali mendapat mandat rakyat, cadangan berkenaan akan dipertimbangkan untuk diluluskan.

Mengulas lanjut, Hata memberitahu UNIMAS gembira dengan maklum balas positif itu, memandangkan hasrat berkenaan sudah lama disuarakan oleh anak Sarawak yang menuntut di ketiga-tiga universiti awam terbabit.

Katanya lagi, beliau juga berharap cadangan itu dapat dipertimbangkan sewajarnya oleh kerajaan yang mendapat mandat kelak.

Dalam hal berkaitan, Hata menyatakan UNIMAS juga bakal mengadakan perbincangan terperinci bersama wakil UiTM dan UPM bagi mengenal pasti program yang boleh dilibatkan dalam peluasan inisiatif berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penggredan semula sekolah: 2,504 GKMP hilang ETPS

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menghentikan pembayaran Elaun Tugas Pentadbiran Sekolah (ETPS) kepada 2,504 Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang tidak lagi memenuhi syarat kelayakan