ARTIKEL

Hata ketika menyampaikan skrol kepada anaknya, Ahmad Daniel Ahmad Hata, yang mengambil jurusan Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, sempena Sidang Kelima Majlis Konvokesyen Ke-30 UNIMAS di Arena Gemilang, DeTAR Putra, di sini, hari ini.

656 graduan FEP raih ijazah pada Konvokesyen Ke-30 UNIMAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seramai 656 graduan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) diraikan pada Sidang Kelima Majlis Konvokesyen Ke-30 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berlangsung di Arena Gemilang, DeTAR Putra, di sini, hari ini.

Sidang Kelima itu ialah satu-satunya sesi yang menghimpunkan graduan daripada fakulti berkenaan.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, konvokesyen kali ini bukan sekadar acara akademik, sebaliknya menjadi detik bersejarah yang menghubungkan perjalanan tiga dekad universiti itu dengan tanggungjawab membina masa depan Sarawak dan negara.

Katanya, UNIMAS memulakan perjalanan akademiknya pada 1993 dengan hanya 118 mahasiswa perintis, dua fakulti dan 30 staf akademik sebelum berkembang menjadi institusi yang menyumbang kepada pembangunan ilmu, bakat, penyelidikan dan kesejahteraan masyarakat.

“Daripada permulaan yang sederhana itu, UNIMAS terus berkembang sebagai sebuah institusi berwibawa sejak Konvokesyen Pertamanya pada 1997, menyaksikan seramai 153 graduan menerima ijazah masing-masing,” katanya pada Majlis Konvokesyen Ke-30 UNIMAS di Arena Gemilang, DeTAR Putra, di sini, hari ini.

Hata bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, ketika perarakan masuk.

Beliau turut menzahirkan kebanggaan atas kejayaan enam graduan orang kurang upaya (OKU) yang menerima ijazah pada konvokesyen tahun ini.

Menurutnya, setiap kejayaan graduan mencerminkan ketekunan dan pengorbanan, selain sokongan serta harapan keluarga yang menjadi pendorong sepanjang perjalanan menuntut ilmu.

“Ada graduan yang menempuh perjalanan jauh dari kawasan pedalaman, pesisir, rumah panjang dan kampung halaman demi mengejar cita-cita,” ujarnya.

Beliau turut menitipkan pesanan kepada graduan sebagai panduan melangkah ke alam pekerjaan dan kehidupan agar tidak takut bermula daripada bawah, termasuk menerima pekerjaan pertama meskipun bukan kerjaya impian.

Tegasnya, perkara penting ialah mereka perlu terus belajar, mencuba dan tidak hilang keberanian untuk bangkit.

“Jadilah orang yang boleh dipercayai. Dunia mempunyai ramai insan bijak, tetapi masyarakat sentiasa memerlukan insan yang menepati janji, menjaga amanah dan memilih perkara yang benar walaupun tiada siapa sedang memerhatikan. Biar ilmu anda tinggi, dan akhlak anda lebih tinggi.

“Jangan lupa jalan pulang. Walau sejauh mana anda pergi, jangan lupakan keluarga, komuniti dan universiti yang membuka jalan. Pulang tidak semestinya bererti kembali menetap. Pulang juga bermaksud berkongsi ilmu, membuka peluang kepada graduan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya.

BERITA LAIN

MAIS Kaji Cadangan Pengkodifikasian Adat Tagal

LAWAS: Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) menjalankan kajian awal bagi menilai keperluan dan kebolehlaksanaan cadangan pengkodifikasian ‘Adat Tagal’ susulan permohonan masyarakat berkenaan. Kajian itu bertujuan

BERITA TERBARU

Penggredan semula sekolah: 2,504 GKMP hilang ETPS

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menghentikan pembayaran Elaun Tugas Pentadbiran Sekolah (ETPS) kepada 2,504 Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang tidak lagi memenuhi syarat kelayakan