SHAH ALAM: QL Eggs menyampaikan hadiah bernilai lebih RM100,000 kepada pemenang kempen Beli dan Menang Telur Emas pada majlis penyampaian hadiah di sini pada 28 Oktober, sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan rakyat Malaysia.
Majlis sempena Bulan Telur Sedunia itu turut menandakan berakhirnya kempen yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2026.
Antara hadiah yang ditawarkan ialah telur emas seberat 65 gram bernilai RM45,750, 20 keping plat emas bernilai RM44,300 serta 650 kredit e-dompet bernilai RM10, RM20 dan RM50.
Hadiah utama telur emas seberat 65 gram dimenangi Nabilah MD Yusof.
“Saya berasa sangat terharu dan tidak menyangka akan memenangi hadiah utama ini. Terima kasih QL Eggs atas kejutan yang cukup bermakna ini,” katanya.
Pengurus Jenama QL Eggs, Harvey Lim berkata, kempen tersebut menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia.
“Sokongan berterusan rakyat Malaysia terhadap QL Eggs amat bermakna buat kami. Melalui kempen Beli dan Menang Telur Emas, kami ingin merakamkan penghargaan kepada pengguna yang sentiasa menyokong QL Eggs.
“Sebagai salah satu jenama terkemuka dalam industri telur, komitmen kami bukan sahaja untuk menghasilkan telur berkualiti, tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran tentang khasiat telur supaya rakyat Malaysia dapat membuat pilihan pemakanan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya.
Selain kempen itu, QL Eggs turut menyambut Hari Telur Sedunia pada 9 Oktober lalu dengan mengagihkan 100,000 biji telur di seluruh negara bagi menjadikan nutrisi berkualiti lebih mudah diperoleh rakyat Malaysia.
Menurut syarikat itu, QL Resources percaya setiap rakyat Malaysia berhak mendapat pemakanan berkualiti.
QL Eggs komited memastikan pengeluaran telur berkualiti tinggi secara konsisten bagi memenuhi keperluan pengguna melalui penggunaan makanan ternakan berkualiti, sistem pengurusan ladang moden dan langkah biosekuriti yang ketat.
“Hari Telur Sedunia merupakan peluang untuk mengetengahkan khasiat telur dan menggalakkan rakyat Malaysia mengenali manfaat pemakanannya dengan lebih baik.
“Melalui inovasi dan usaha berterusan dalam meningkatkan nilai pemakanan telur, kami ingin membawakan 2X Kebaikan, iaitu Omega-3 untuk jantung dan DHA untuk minda, kepada rakyat Malaysia,” tambah beliau.
Harvey berkata, selaras dengan janji jenama Breakthrough Goodness, pihaknya berharap dapat memperkenalkan lebih banyak inisiatif menarik pada masa hadapan.






