JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI.KLIK SINI
KOTA SAMARAHAN: Seramai 1,542 atlet dan pegawai daripada 22 kontinjen Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bakal berentap dalam temasya Sukan IPT (SUKIPT) Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bermula hari ini hingga 26 Oktober.
Sekali gus, ia melakar sejarah tersendiri buat UNIMAS selaku tuan rumah penganjuran julung kali kejohanan tersebut di negeri Sarawak.
Ketua Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dr. Hanafiah Ayup berkata, edisi SUKIPT Sarawak kali ini merupakan usaha kementerian mewujudkan semula kejohanan sukan kompetitif khusus untuk atlet yang berada di Sarawak.
“Kementerian mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu kejohanan sukan kompetitif khusus untuk atlet yang berada di Sarawak. Ini bermaksud acara ini, In Shaa Allah, akan diadakan setiap tahun.
Acara ini menampilkan tujuh acara sukan dengan lebih 1,500 atlet, dan saya berpandangan angka seperti ini memperlihatkan potensi kejohanan ini diteruskan pada masa depan dengan skala yang lebih besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sukan IPT (SUKIPT) Sarawak di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA UNIMAS, hari ini.
Tujuh sukan yang akan dipertandingkan ialah sukan elektronik (e-sukan), badminton, ragbi, orienteering, futsal, sepak takraw dan bola jaring, di mana semua perlawanan dijadualkan berlangsung di fasiliti sukan bertaraf antarabangsa di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, UNIMAS.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Ir. Ts. Dr. Al-Khalid Othman mengalu-alukan kehadiran semua kontinjen dari seluruh pelusuk Sarawak.
“Kami di UNIMAS amat berbesar hati menerima kehadiran tuan-tuan dan puan-puan semua. SUKIPT bukan sekadar sebuah kejohanan sukan tetapi juga merupakan platform pembangunan insan yang menggabungkan nilai-nilai disiplin, ketabahan, kerjasama berpasukan dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa,” katanya.
Pada masa sama, beliau percaya kejohanan itu menjadi ruang terbaik bagi atlet muda memperluas jaringan kerjasama serta memperkembangkan bakat mereka.
KUCHING: Faktor keletihan akibat jadual perjalanan yang padat dan perpindahan dari satu bandar ke bandar yang lain menjadi antara punca Kuching City FC masih bergelut
KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih
JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu
Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar