KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bakal menghimpunkan alumni dan warga universiti menerusi dua program utama, Madani Alumni Run 2026 dan Malam Anugerah Ikon Alumni UNIMAS 2026, masing-masing pada 17 dan 18 Oktober ini.
Kedua-dua program anjuran Seksyen Perhubungan Alumni, Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), UNIMAS dengan kerjasama Alumni Networking Club (ANC) itu bertujuan mengeratkan hubungan antara alumni dan warga universiti, selain menghargai pencapaian serta sumbangan alumni dalam pelbagai bidang.

Madani Alumni Run 2026 akan berlangsung pada 17 Oktober, bermula jam 5 pagi hingga 8 pagi di sekitar Kampus Barat UNIMAS, dengan menawarkan dua kategori, iaitu ‘Brisk Walk’ sejauh tiga kilometer dan ‘Fun Run’ sejauh lima kilometer.
Peserta boleh memilih Pakej A berharga RM55 yang merangkumi baju-T, pingat, bib dan e-sijil, manakala Pakej B berharga RM30 merangkumi pingat, bib dan e-sijil.
Pakej C pula ditawarkan pada harga RM10 yang merangkumi bib dan e-sijil, dengan pendaftaran dibuka sehingga hari larian.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jena di talian 011-2688 1305 atau Sina di talian 013-859 9760, manakala pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/fwnqRj8iYj1Y1PTQ8.

Sementara itu, Malam Anugerah Ikon Alumni UNIMAS 2026 akan berlangsung pada 18 Oktober, bermula jam 8.30 malam di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, UNIMAS, sebagai program kemuncak Alumni Back to Campus Festival 2026.
Bertemakan ‘Royal Emerald Night’ dengan kod pakaian ‘Blacktie’, majlis berkenaan bakal meraikan alumni UNIMAS yang mengukir kecemerlangan, pencapaian, sumbangan dan inspirasi dalam pelbagai bidang serta mengharumkan nama universiti.
Tiket bagi majlis berkenaan ditawarkan pada harga RM150 bagi setiap kerusi, termasuk cenderahati alumni.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Haziq di talian 017-9701931 atau Dr Mazdan di talian 013-2554324, manakala pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/MAk9U6A1zTwZNAUS7.
Penganjuran kedua-dua program itu turut menyediakan ruang kepada alumni untuk terus berhubung dengan UNIMAS, selain mengukuhkan jaringan serta hubungan antara alumni dan warga universiti.




