ARTIKEL

KERJASAMA...Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hatta Rasit (kiri) bersama Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) Datuk Pkharuddin Ghazali (dua kanan) mempamerkan dokumen MoU. GAMBAR: ALVERDTEKOSTER ANYAP

UNIMAS jalin kerjasama strategik dengan Percetakan Nasional Malaysia Berhad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memperkukuh jalinan strategik dengan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR), UNIMAS, hari ini.

Majlis itu menyaksikan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hatta Rasit, menandatangani dokumen MoU bagi pihak universiti, manakala PNMB diwakili Pengerusinya, Datuk Pkharuddin Ghazali.

Upacara penyerahan turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr Azlinda Azman, serta Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie.

Berucap pada Majlis Perasmian Festival Idea (FOI@Sarawak) x Pesta Buku Borneo sebelum majlis MoU tersebut, Ahmad Hatta berkata penganjuran program itu menjadi platform penting untuk menonjolkan hasil pendidikan, inovasi dan penerbitan ilmiah oleh warga UNIMAS serta memperkukuh penyebaran ilmu di peringkat serantau.

“Kedua-dua program ini mengangkat tema Memacu Perubahan Melalui Idea Hijau dan Inovasi serta Memperkasa Literasi dan Memacu Kreativiti.

“Sepanjang lima hari penganjuran, pengunjung dapat menikmati pelbagai pameran pendidikan, inovasi hijau, teknologi lestari serta jualan buku ilmiah dan bacaan umum daripada lebih 50 pempamer termasuk dari Brunei Darussalam,” katanya.

Beliau menambah, sastera dan seni turut menjadi tunjang utama festival melalui pelbagai aktiviti seperti Forum Sastera Borneo, Bicara Buku Malam UC, Borneo Leadership Talk Series, selain bengkel penulisan dan pertandingan kreatif yang dirancang bagi menarik minat pelajar serta masyarakat umum terhadap dunia ilmu dan budaya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU