ARTIKEL

UNIMAS sambut baik pemansuhan AUKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi baharu dan lebih komprehensif susulan cadangan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Dalam kenyataan hari ini, UNIMAS berkata usaha itu selari dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, termasuk agenda pembentukan One Higher Education Act (OHEA).

“UNIMAS berpandangan bahawa pembaharuan kerangka perundangan pendidikan tinggi merupakan langkah penting bagi memastikan sistem pendidikan tinggi negara terus relevan, dinamik, berdaya hadapan dan responsif terhadap perubahan landskap pendidikan tinggi masa kini serta masa hadapan,” katanya.

Menurut UNIMAS, proses pembaharuan itu wajar mengambil kira keseimbangan antara autonomi institusi, kebebasan akademik dan suara mahasiswa dengan keperluan memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti serta kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Sebagai institusi pendidikan tinggi awam di Sarawak, UNIMAS turut menyatakan kesediaan memberikan kerjasama serta menyumbang pandangan dan kepakaran berdasarkan pengalaman institusi dalam bidang pendidikan, kemahiran, penyelidikan, inovasi dan tadbir urus universiti.

Katanya, pandangan berkenaan turut mengambil kira konteks pendidikan tinggi serta keperluan pembangunan Sarawak dalam proses libat urus yang akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama pihak berkepentingan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU