ARTIKEL

PROFESOR Dr Ahmad Hata dan delegasi semasa Majlis Perasmian Pusat Pembelajaran UNIMAS-KGDX di Xi’an, hari ini.

UNIMAS tubuh pusat pembelajaran perintis pertama di bandar Xian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

XIAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya menubuhkan pusat pembelajaran perintis pertamanya di bandar Xian melalui perkongsian dengan Universiti Xi’an Kedagaoxin (KGDX).

Dalam kenyataan UNIMAS, Pusat Pembelajaran UNIMAS-KGDX itu secara dirasmikan, hari ini oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit.

Beliau menekankan komitmen pengurusan tertinggi universiti ke atas perkongsian antarabangsa ini.

Katanya, pencapaian ketara ini berikutan dedikasi dan kerjasama erat antara UNIMAS dengan KDGX yang diketuai Pengerusinya, Dr Sun Longjie.

“Pusat pembelajaran ini akan memperluas capaian program akademik UNIMAS yang pelbagai kepada pelajar di China,” katanya.

Pada majlis yang sama, Dr Ahmad turut menyampaikan surat tawaran kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah dari KDGX.

Jelasnya, isyarat simbolik ini menandakan permulaan yang menarik dalam pengembaraan akademik mereka bersama-sama UNIMAS.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU