KUCHING: Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak akan menganjurkan Pertandingan Forum Integriti Piala Premier Sarawak 2025 pada 25 Ogos ini.
Pertandingan yang akan diadakan di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak, Kuching itu dijadual bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Penyertaan dibuka kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Sarawak.
Setiap IPT hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk menyertai pertandingan ini.
Pendaftaran taklimat dan penyertaan dibuka sehingga 16 Julai depan.
Penyertaan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan pendaftaran https://forms.gle/ZMf7i2qSzX7tDZTF9.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat boleh menghubungi pihak DBP, Stephanie Lenya di talian 082-227023 atau e-mel stephanie@dbp.gov.my.
Selain itu, boleh menghubungi pihak UNIONS seperti Katherina Bidi di talian 082-506870/ kathebrb@sarawak.gov.my, Abg Nurfadli, 082-647825/ abgfadli@sarawak.gov.my dan Zurina Hazemi, 082-536386/ zurinah@sarawak.gov.my.

