ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Unit Paramount ambil alih 21.54 peratus kepentingan dalam Eco World International pada RM170.61 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Paramount Corporation Bhd, Flexsis Sdn Bhd mengambil alih 21.54 peratus kepentingan ekuiti dalam Eco World International Bhd pada harga RM170.61 juta, menerusi pembelian 517 juta saham pada 33 sen sesaham menerusi urus niaga perniagaan langsung.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Paramount berkata pengambilalihan itu adalah tepat pada waktunya dan peluang yang strategik bagi kumpulan untuk mempercepatkan pelan pengembangan dan mempelbagaikan perniagaan luar negaranya.

“Ia membolehkan Paramount memperoleh kawalan ke atas 21.54 peratus kepentingan syarikat pembangunan hartanah antarabangsa yang mantap, yang ditadbir dalam persekitaran perundangan dan kawal selia Malaysia,” kata pemaju hartanah itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Paramount Jeffrey Chew berkata sejak syarikat melupuskan perniagaan pendidikannya pada 2018, ia giat mencari peluang dalam perniagaan baharu untuk mempelbagaikan asas pendapatan, dalam dan luar Malaysia, yang digabungkan dalam pelan strategik 2020 hingga 2025.

“Kini kami melabur dalam pelbagai syarikat baharu berkaitan ruang digital dan mengembangkan perniagaan pembangunan hartanah ke Bangkok melalui usaha sama,” katanya.

Eco World International mempunyai projek pembangunan di London, Sydney dan Melbourne melalui usaha sama dan anak syarikat, dengan baki nilai pembangunan kasar sebanyak RM8.6 bilion pada 29 Feb 2024. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU