ARTIKEL

Mazuin Ismail

Untung PCG merosot 54.6 peratus kepada RM202 juta suku ketiga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keuntungan selepas cukai PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) merosot 54.6 peratus kepada RM202 juta pada suku ketiga 2026 berbanding RM445 juta pada suku sebelumnya, susulan penurunan harga purata produk, khususnya

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail, berkata prestasi tersebut dipengaruhi peningkatan bekalan eksport urea dari China serta tekanan harga produk kimia, meskipun jumlah jualan kumpulan terus meningkat.

Menurutnya, operasi di Pengerang dan aktiviti pemerolehan sumber secara strategik membantu menyokong jumlah jualan, namun penurunan harga produk menjejaskan pendapatan serta keuntungan kumpulan.

“Suku ketiga menyaksikan penurunan harga produk merentas portfolio, khususnya urea akibat peningkatan bekalan eksport dari China.

“Walaupun terdapat aktiviti penyelenggaraan berjadual di loji metanol kami di Labuan dan pelbagai gangguan operasi di loji olefin di Kertih, jumlah jualan meningkat sepanjang suku ini.

“Peningkatan itu didorong oleh sumbangan lebih besar daripada operasi Pengerang serta aktiviti pemerolehan sumber secara strategik,” katanya dalam kenyataan prestasi kewangan PCG bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026, hari ini.

Jelasnya, PCG mencatatkan pendapatan RM7.62 bilion bagi tempoh berkenaan, menurun empat peratus berbanding RM7.90 bilion pada suku kedua, manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) merosot kepada RM942 juta daripada RM1.32 bilion.

“Margin EBITDA kumpulan turut menurun kepada 12.4 peratus berbanding 16.7 peratus pada suku sebelumnya, sementara keuntungan selepas cukai dan kepentingan tanpa kawalan susut kepada RM179 juta daripada RM414 juta.

“Bagaimanapun, kadar penggunaan loji kumpulan kekal pada 73 peratus selepas selesai penyelenggaraan berjadual di Loji 2 PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd di Labuan serta pemulihan gangguan operasi di PETRONAS Chemicals Olefins Sdn Bhd, Kertih,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata prestasi operasi kumpulan menunjukkan perkembangan lebih baik apabila kadar penggunaan loji meningkat kepada 90 peratus pada Oktober lalu.

“Bagi suku keempat 2026, tumpuan kami adalah untuk memaksimumkan pengeluaran dengan selamat dan andal, di samping terus memacu nilai komersial, memperkukuh portfolio serta mengekalkan disiplin dalam peruntukan modal,” jelasnya.

Sementara itu, bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2026, beliau berkata PCG mencatatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak lapan peratus kepada RM22.5 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

EBITDA kumpulan turut melonjak 93 peratus kepada RM3.4 bilion, disokong margin produk lebih baik, peningkatan sumbangan entiti operasi bersama dan segmen bahan kimia khusus serta pengurangan kos operasi.

Prestasi tersebut membolehkan PCG mencatatkan keuntungan selepas cukai RM1.1 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding kerugian RM1.3 bilion dalam tempoh sama pada 2025.

BERITA LAIN

Maybank peruntuk RM100 juta perkasa usahawan mikro

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memperuntukkan RM100 juta dalam program iTEKAD bagi tempoh lima tahun sehingga 2030 bagi membantu usahawan mikro mendapat akses kemudahan

BERITA TERBARU