ARTIKEL

Aaron Ago merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat pada Majlis Malam Mantar Gawai Dayak Bahagian Sibu, di sini, malam tadi.

Upacara Miring diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Upacara Miring yang menjadi antara ritual penting masyarakat Dayak berpotensi diangkat sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara di peringkat kebangsaan sebelum dipertimbangkan untuk pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara perlu mewartakan upacara itu sebagai Warisan Kebangsaan terlebih dahulu.

“Usaha ini harus dilaksanakan agar ia dapat didokumentasikan, dipelihara dan dipromosikan secara lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Malam Mantar Gawai Dayak Bahagian Sibu 2026, di sini, malam tadi.
Menurutnya, upacara Miring mempunyai nilai budaya dan spiritual yang tinggi kerana sarat dengan elemen kesyukuran, penghormatan terhadap alam serta permohonan kesejahteraan masyarakat.

“Upacara ini masih diamalkan sehingga kini, khususnya dalam sambutan Gawai dan majlis adat masyarakat Dayak di Sarawak,” tegasnya.

Dalam pada itu, katanya, usaha pemeliharaan budaya Dayak telah menunjukkan kejayaan apabila tarian Ngajat diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2007.

“Usaha ini sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam memartabatkan budaya masyarakat bumiputera sebagai sebahagian daripada identiti nasional,” ujarnya.

Beliau menambah, di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645], Warisan Tidak Ketara merujuk kepada amalan, ekspresi, pengetahuan dan budaya masyarakat yang mempunyai nilai estetika, sejarah serta identiti tinggi kepada negara.

“Warisan ini merangkumi pelbagai bentuk tradisi yang diwariskan secara turun-temurun dan menjadi lambang jati diri masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“Justeru, Jabatan Warisan Negara terus memperkukuh usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan tidak ketara melalui empat cawangan utama iaitu Adat dan Budaya, Seni Persembahan, Bahasa dan Persuratan serta Seni Halus dan Kraf.

“Kesemua elemen ini memainkan peranan penting dalam memastikan khazanah budaya negara terus lestari dan dihargai oleh generasi akan datang,” ujarnya.

Untuk rekod, majlis tersebut dianjurkan bersama Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sibu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU