ARTIKEL

Penduduk rumah panjang ketika melakukan Upacara Miring bersama dengan pasukan SAR di lokasi. Foto Bomba

Upacara miring iringi SAR warga emas hilang di Engkilili

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ENGKILILI: Upacara miring dilaksanakan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama-sama penduduk kampung pada hari ketiga operasi semalam sebagai sebahagian usaha pencarian berlandaskan kepercayaan dan adat masyarakat setempat.


Upacara tersebut diadakan bagi memohon petunjuk serta keselamatan sepanjang operasi pencarian dijalankan di kawasan berkenaan.


Bilik Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, perbincangan telah diadakan antara pihak operasi, Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Tuai Rumah bagi memastikan pelaksanaan upacara miring dapat diselaraskan tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan perancangan taktikal operasi SAR.


“Pendekatan ini dilihat sebagai langkah menghormati adat dan kepercayaan komuniti setempat. Selepas upacara miring selesai, pihak operasi telah menyusun semula strategi pencarian dengan menumpukan kawasan di luar lokasi upacara bagi memastikan pencarian dapat diteruskan secara berkesan,” katanya dalam kenyataan.


Menurutnya, Komander Operasi memaklumkan bahawa kaedah moden termasuk penggunaan Unit K9 dan teknik sweep search terus dilaksanakan, namun elemen kebudayaan tempatan turut diambil kira sebagai sebahagian daripada pendekatan menyeluruh operasi SAR.


Operasi pencarian melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM, Unit K9 JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lubok Antu serta penduduk kampung yang bersama-sama berganding bahu menjejaki mangsa yang masih belum ditemui setakat ini. -TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU