ARTIKEL

Urus sisa buangan dengan cermat, elak pencemaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyarankan penduduk yang ingin menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri menguruskan sisa buangan dengan lebih cermat bagi mengelak berlakunya gangguan bekalan air ketika musim perayaan.

Menerusi hebahan di laman Facebooknya, LUAS menggariskan beberapa panduan yang boleh diikuti penganjur rumah terbuka antaranya memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpul dan dibuang ke tempat pelupusan sampah untuk dilupuskan pihak berkuasa bagi mengekang pencemaran.

“Selain itu, mereka yang mengadakan rumah terbuka juga diingatkan agar tidak sesekali membuang sisa makanan atau sampah ke dalam sungai.

“Pembuangan sisa makanan dan sampah ke dalam sungai adalah dilarang sama sekali kerana boleh menyebabkan pencemaran sungai yang mendorong kepada masalah gangguan air di musim perayaan,” menurut agensi berkenaan.

Menurut LUAS, minyak masak yang telah digunakan juga hendaklah dikumpul dan dibawa ke pusat kitar semula untuk mengelakkan pembuangannya ke dalam sinki atau longkang.

Agensi itu turut mengingatkan penduduk agar tidak membuang sebarang buangan yang telah dikumpulkan terus ke dalam sungai yang boleh menyumbang kepada pencemaran air ketika membersihkan kediaman masingmasing.

Orang ramai yang melihat sebarang aktiviti mencurigakan yang berpotensi mengakibatkan permasalahan sumber air diminta menghubungi LUAS di talian 03-55111800 atau 019-264 7904 (WhatsApp) untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i