Dalam kesibukan hidup kota dan tekanan kerja yang tidak berkesudahan, keperluan untuk meluangkan masa bagi memulihkan tubuh dan minda semakin penting.
Di sinilah letaknya keistimewaan Theatre Remedy, sebuah pusat terapi dan spa yang terletak di No. 187, Jalan Song Thian Cheok, Kuching.
Dengan slogan “Revitalize Your Spirit”, Theatre Remedy bukan sekadar menawarkan perkhidmatan urutan biasa, tetapi memberi pengalaman penyembuhan menyeluruh yang menyatukan seni terapi dengan elemen alam semula jadi tempatan.
Menurut Pengurus Theatre Remedy, Peter Wong, pasukannya terdiri daripada terapis yang berpengalaman serta terlatih untuk memberikan rawatan yang bersifat peribadi, mengikut keperluan serta masalah kesihatan yang dihadapi pelanggan.
“Sama ada pelanggan berdepan tekanan, keletihan otot, atau hanya ingin menikmati ketenangan sejenak dari hiruk-pikuk bandar, rawatan yang ditawarkan di sini dirangka khusus untuk memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggan.

“Keunikan utama pusat ini terletak pada penggunaan bahan semula jadi yang diperoleh khas dari hutan dan kebun tempatan di Sarawak.
“Minyak pati yang digunakan dalam setiap sesi urutan merupakan campuran buah-buahan dan daun seperti serai wangi, limau purut dan daun tengkawang, yang bukan sahaja harum semula jadi tetapi juga mempunyai manfaat terapeutik untuk tubuh dan fikiran,” ujarnya kepada Suara Sarawak.
Selain itu, jelasnya penggunaan bahan tempatan ini bukan sahaja menyokong ekonomi komuniti setempat, tetapi turut memperkayakan pengalaman pelanggan dengan sentuhan budaya dan keaslian Borneo.
Antara rawatan yang ditawarkan termasuklah minyak pati aromaterapi/ terapi urutan “tensense” selama 60 minit pada harga RM158, 90 minit (RM168) dan 120 minit (RM198).
Urutan ini amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah seperti keletihan, lenguh badan, kekejangan otot dan tekanan emosi.
Selain itu, rawatan refleksologi atau urutan kaki juga ditawarkan pada durasi 30 minit (RM50) dan 60 minit (RM78), membantu melancarkan peredaran darah serta melegakan ketegangan saraf.

Dalam pada itu, Theatre Remedy turut menyediakan rawatan tambahan seperti bekam dan guasa (terapi goresan), masing-masing hanya RM35, sesuai untuk mereka yang mengalami masalah angin dalam badan atau ketidakseimbangan tenaga dalaman.
Sementara itu, bagi yang ingin memanjakan bahagian kepala dan wajah, rawatan terapi tensense kepala selama 60 minit turut ditawarkan pada harga RM108 dan didatangkan bersama topeng minyak aromaterapi tanpa caj tambahan.
Rawatan ini membantu mereka yang sering mengalami sakit kepala, gangguan tidur atau tekanan kerja.
Bagi pelanggan yang ingin membawa pulang ketenangan, minyak pati dalam botol bersaiz 15ml turut dijual pada harga RM38 sebotol atau RM70 untuk dua botol.
Minyak ini boleh digunakan untuk urutan sendiri di rumah atau sebagai aromaterapi harian bagi mengekalkan rasa tenang dan segar.

Waktu operasi Theatre Remedy ialah dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 12 tengah hari hingga 10 malam. Pada hujung minggu, pusat ini dibuka lebih awal iaitu dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Kini, Theatre Remedy turut menawarkan promosi hebat iaitu urutan kaki pada harga RM50 (harga asal RM78) dan Terapi Bioelektrik Kepala hanya RM75 (harga asal RM108).
Menurut Peter, urutan moden berkonsepkan kelas premium ini menggunakan teknologi Bioelektrik Therapy (DDS) yang canggih dan berkesan untuk merangsang titik saraf serta melancarkan aliran tenaga dalam badan.
Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi atau menghantar mesej WhatsApp ke nombor 010-961 5073.
Luangkan masa untuk memulihkan tubuh dan jiwa anda. Rasai pengalaman penyembuhan yang berbeza hanya di Theatre Remedy, tempat ketenangan bermula dan semangat diperbaharui.





