ARTIKEL

Datuk Chieng Buong Toon (empat kanan) menyampaikan penghargaan kepada ahli cawangan parti sambil disaksikan oleh Benson Chua (tiga kiri), Pengerusi MPS, Kaunselor Clarence Ting Ing Horh (empat kiri), dan kenamaan lain.

Usaha lebih bersepadu pimpinan SUPP perlu bagi mencapai potensi besar Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sebagai sebuah bandar yang berpotensi besar, Sibu memerlukan perhatian dan usaha yang lebih bersepadu dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat.

Menurut Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek, Datuk Chieng Buong Toon, sekarang adalah masa yang tepat bagi SUPP Cawangan Nangka untuk memberi lebih perhatian kepada cabaran yang dihadapi penduduk di sini.

Datuk Chieng Buong Toon (lima kanan), Benson Chua (tiga kiri), Clarence Ting (lima kiri) dan pemimpin lain semasa meraikan sambutan tersebut.

Usaha ini perlu diambil demi memastikan kemajuan yang lebih berterusan di bahagian ini.

Buong Toon berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun ke-10 SUPP Cawangan Nangka di sini kelmarin.

Menurutnya lagi, walaupun Sibu memiliki ramai pemimpin daripada SUPP, seperti Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), timbalan menteri, serta wakil rakyat dan senator, ia masih memerlukan usaha yang lebih serius dan berterusan untuk memajukan bandar ini.

“Dengan adanya semua pemimpin ini, Sibu sepatutnya boleh maju lagi pada masa akan datang.

“Namun, kita perlu mengambil peluang ini dengan lebih serius untuk benar-benar melakukan sesuatu yang bermakna bagi Sibu,” katanya

Buong Toon menjadi tetamu kehormat pada majlis tersebut sebagai wakil Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Buong Toon berkata Sibu pernah menghadapi kesukaran untuk berkembang ketika diwakili parti pembangkang.

Namun kini, dengan sokongan daripada SUPP, perubahan yang lebih baik sudah mula dirasai.

Dengan usaha gigih, kerjasama dan komitmen berterusan daripada semua pihak, Buong Toon percaya bahawa Sibu akan mencapai potensi penuh dan menjadi contoh bagi bahagian lain di Sarawak.

Dalam pada itu, beliau memberi penghargaan kepada SUPP Cawangan Nangka yang telah berjaya mengadakan sambutan ulang tahun yang penuh bermakna.

“Ini adalah tanda bahawa kita bersatu untuk memperjuangkan kesejahteraan masyarakat, dan saya bangga dengan pencapaian cawangan ini yang telah berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun,” tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi SUPP Cawangan Nangka, Benson Chua Beng Seng, turut menekankan bahawa selama 10 tahun selepas penubuhan cawangan mereka, banyak cabaran telah dihadapi, tetapi dengan kerjasama dan sokongan padu daripada ahli, mereka berjaya mencapai pelbagai kejayaan.

“Kami berbangga dengan pencapaian kami yang aktif mengadakan sekurang-kurangnya dua aktiviti setiap bulan, serta memberi bantuan kepada mangsa kebakaran, banjir dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Benson memberitahu bahawa cawangan mereka kini mempunyai hampir 800 ahli, dan mereka berhasrat untuk mencapai 1,000 keahlian dalam masa terdekat.

“Kami bertekad untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan memperkukuhkan lagi penglibatan ahli dalam setiap aktiviti yang kami anjurkan,” tambahnya.

BERITA LAIN

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli

BERITA TERBARU

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli