ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif Statis Chew Chang Guan diwawancara baru-baru ini. | Foto oleh Ghazali Bujang

Usaha Statos bantu pemegang taruh di Sarawak, Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (Statos) komited membantu menghubungkan pemegang taruh di Sarawak dan Singapura dalam usaha menembusi pasaran Singapura. 

Ketua Pegawai Eksekutif Statos Chew Chang Guan berkata, Statos telah menjalinkan hubungan dengan pelbagai pemegang taruh tempatan yang bertindak sebagai kumpulan jualan dan pemasaran di luar Singapura. 

“Kami membantu mereka untuk berhubung dengan bakal pembeli atau bakal rakan kongsi.

Sebagai contoh, jika terdapat minat daripada badan pelaburan Singapura di Sarawak, kami boleh menghubungkan mereka kepada agensi atau kementerian tertentu.

“Itu adalah peranan utama kami dalam STATOS untuk memadankan pihak berkepentingan dengan agensi atau kementerian yang berkaitan,” katanya dalam wawancara khas baru-baru ini.

Chang Guan berkata, STATOS juga mempunyai hubungan yang luas dengan ahli Dewan Perniagaan Singapura dan Persekutuan Perniagaan Singapura.

Katanya, STATOS boleh berfungsi sebagai jendela untuk menghubungkan pemegang taruh dengan agensi yang sesuai.

Tambahnya, pihaknya juga sedang bekerjasama untuk menambah bilangan rakan kongsi di Sarawak, merangkumi kedua-dua sektor swasta dan kerajaan.

“Kami mengekalkan rekod pelabur berpotensi, termasuk pilihan mereka dan jumlah pelaburan yang dirancang.

“Tanggungjawab kami sekarang adalah untuk menjalin hubungan dengan kementerian berkaitan dengan harapan hubungan ini akan diterjemahkan kepada pelaburan yang berjaya,” ujarnya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi