ARTIKEL

Usahawan wanita perlu perkukuh jaringan perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Usahawan wanita perlu memperkukuh jaringan perniagaan, memanfaatkan teknologi digital dan berani meneroka pasaran baharu bagi memastikan perniagaan terus berdaya saing dalam persekitaran ekonomi yang semakin mencabar.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata perubahan teknologi yang pantas, persaingan sengit dan kehendak pasaran yang sentiasa berubah menuntut usahawan supaya tidak lagi bergerak secara bersendirian.

Sebaliknya, beliau berkata jaringan perniagaan yang kukuh penting bagi membolehkan usahawan berkongsi pengalaman, ilmu serta membuka ruang kepada peluang kerjasama baharu.

“Sebab itu usahawan tidak boleh bekerja secara bersendirian; kita perlu membina jaringan, berkongsi pengalaman dan membantu antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khasnya, Steven Kong Kai Seng, pada Kejohanan Boling Piala YB Dato Seri Tiong King Sing 2026 yang diadakan di Megalanes Bintulu pada Sabtu.

Kejohanan julung kali anjuran bersama Exco Pergerakan Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) Pusat dan Kelab Usahawan Wanita Bintulu ini berjaya menarik penyertaan 30 pasukan yang melibatkan seramai 150 peserta.

Ketua Wanita PDP Pusat, Kaunselor Wendy Earnest Sadan, menyampaikan cenderamata kepada Steven. 2: Kaunselor Wendy menyerahkan borang keahlian PDP kepada Steven Kong.

Tiong berkata golongan usahawan wanita khususnya perlu mempunyai keberanian untuk mengembangkan perniagaan, termasuk memanfaatkan platform digital dan meneroka pasaran yang lebih luas.

“Jangan takut untuk bermula kecil; yang penting, ada keberanian untuk bermula, kesungguhan untuk belajar dan disiplin untuk terus berkembang,” katanya.

Menurutnya, program berbentuk sukan seperti kejohanan berkenaan boleh dimanfaatkan sebagai platform mempertemukan usahawan wanita, sekali gus mengeratkan hubungan persahabatan serta memperkukuh jaringan perniagaan.

Beliau berkata tema “Sukan, Persahabatan, Usahawan Wanita Terus Maju” mencerminkan kepentingan menggabungkan nilai disiplin, semangat berpasukan dan persahabatan dengan keberanian serta ketekunan dalam bidang keusahawanan.

Dalam pada itu, Tiong berkata perkembangan Bintulu sebagai pusat ekonomi penting perlu turut disokong dengan penglibatan lebih besar golongan wanita sebagai pencipta peluang, penggerak ekonomi dan pemimpin dalam komuniti.

Beliau turut berharap lebih banyak program yang menghimpunkan usahawan wanita dapat dianjurkan bagi menyediakan ruang untuk perkongsian ilmu, pembinaan rangkaian perniagaan dan penerokaan peluang kerjasama.

Tiong pada masa sama merakamkan penghargaan kepada Exco Pergerakan Wanita PDP Pusat dan Kelab Usahawan Wanita Bintulu atas inisiatif menganjurkan kejohanan berkenaan serta berharap ia dapat diteruskan sebagai platform memperkukuh hubungan dalam kalangan usahawan wanita.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.